About Me

0 komen




Mommy Pinky atau nama sebenar Zanariah Binti Mohd Nasir adalah anak ke-2 daripada 7 orang adik beradik. Saya dilahirkan pada 04 November 1985 di Johor Bahru, Johor.

Walaupun dilahirkan di Johor, saya membesar di Kuantan, Pahang kerana ayah bekerja sebagai seorang Malim (Pilot, Kapten Kapal) di Pelabuhan Kuantan. Ibu merupakan seorang surirumah. Saya bersekolah rendah dan menengah di Kuantan dan meneruskan pengajian di peringkat tinggi sehingga tamat Ijazah Sarjana Muda Kimia di UMT, Terengganu pada 2007. Saya bertemu dengan cinta hati di sini, kami sama-sama belajar dalam bidang Kimia. Sebab tu banyak chemistry kot ;)

Pernah bekerja di sebuah syarikat minyak di ibu negara pada hujung tahun 2007 sebagai kerani biasa. Pada 2008, saya telah berjaya melakukan tugas diluar jangkaan syarikat dan ditambah pula rekod bersih (sebab saya skema orangnya, suka masuk ofis awal 7.30 a.m. dah ada dalam ofis), maka telah dinaikkan pangkat pada 2008. Namun mengambil keputusan untuk berhenti kerja selepas kelahiran anak pertama pada 2010.


Saya berkahwin pada usia 24 tahun pada 2009 dengan jejaka pilihan dan kini pada ketika saya menaip entry ini saya telahpun memiliki sepasang cahaya mata. Irdina Humaira' dan Muhammad Adam. Syukur, alhamdulillah dipermudahkan.


Saya dan hubby memiliki perwatakkan yang sangat sangat sangat berbeza. Saya seorang yang sensitif, mudah marah dan cepat merajuk sedangkan dia seorang yang sangat tenang dan sangat susah nak tengok dia marah-marah. Hubby seorang yang peramah dan selalu terpilih sebagai ketua dan pengacara majlis sedangkan saya nak buka mulut pun susah. Haha. Hubby juga seorang yang sukakan aktiviti di luar seperti mendaki gunung sedangkan saya beranggapan berada didalam rumah sambil mengadap laptop lah tempat yang paling heaven dalam dunia. Saya juga seorang yang sangat mudah lari fokus, tengok entri ni pun dah tau, dari about me dah jadi about us. Kan? :D








 

Copyright © 2008-2017 By Zana Mn. All rights reserved | Sign in, MP Design