Mari mandi awal pagi

ditaip Zana Mn jam 11:59 PM




Awal pagi ni maksudnya sebelum Subuh ye. Bukan pukul 6, pukul 7 tu. Haa..ada yang rajin buat tak? Kalau dulu, masa aku duduk rumah makcik, memang rajin la sebab kena kongsi bilik air. Kalau lambat bangun, memang pengsan nak tunggu giliran. Maklum la, yang guna bilik air tu semua perempuan, sorang² ambik masa sampai 15 ke 20 minit.  Tak yah cakap orang lain la. Aku pun sama je. 15 minit tu kira habis pantas la. Hahaaa.


Kalau ada orang sediakan mandi macam ni tiap pagi, syoknya. 
Macam masa pantang, mandi pun ada letak limau nipis. Hhehee. Beranganla kau.

Tapi sejak dah ada baby ni macam dah lama giler tak buat kot. Sebab susah bangun awal. Ngee. Hari ni ternampak la pulak orang share pasal kebaikan mandi awal. Wah² banyak betul kebaikan. Aku tau satu je dulu. Sapa rajin mandi awal pagi boleh kurus tau. Wakaka. Ntah sape la yang beritahu aku macam tu dah tak ingat. Tak tau la betul ke tak. Bila dengar bab kurus ni cepat je kan nak ikut. Apa pun, mandi awal pagi sebelum solat Subuh ni memang antara amalan Rasululah SAW. So, mestila banyak faedah dia kan. Antara manfaat yang aku nak kongsi kat sini:

Melancarkan peredaran darah
Senang je nak tengok kesan kalau peredaran darah kita tak lancar. Kita akan senang letih, lesu, atau tak bermaya. Lembik je nampak. Kalau peredaran darah lancar, badan akan lebih sihat dan bertenaga.

Kulit lebih lembut dan halus
Wah² bestnya. Lagi best sebab boleh kurangkan lingkaran gelap bawah mata. Kuku pun akan lebih sihat, kuat dan tak mudah retak.

Meningkatkan kesuburan
Tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Justeru, dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

Mengurangkan risiko darah tinggi
Insyaallah jika diamalkan selalu, risiko untuk mendapat penyakit ini akan berkurangan. Jangan lupa diiringi doa juga.

Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkannya.

Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih. Apabila sel darah putih banyak maka daya tahan tubuh terhadap penyakit pun meningkat.

Ok, bestkan? Jom kita mandi awal esok. Kalau terbangun la. Haha









Comments
7 Comments

7 komen:

Ahsfantasy Ryu on 8:37 AM said...

Mri ikut sunnah Rasulullah :)

cha on 3:41 PM said...

alahai tak rajinnya tapi bykla manfaat dia kan uhuhu

Mommy Pinky on 4:11 PM said...

@Ahsfantasy Ryu
Jom Jom. Banyak kelebihan & dapat pahala lagi :)

Mommy Pinky on 4:11 PM said...

@cha
Hahaa..Benda elok macam ni memang liat nak buat. Kena biasakan diri bgn pagi dulu kot :D

Razfira on 9:29 PM said...

alaa malasla nak mandi awal. hahahha

Mommy Pinky on 9:32 PM said...

@Razfira
Bertuah la kalau rajin. Kita pun tak rajin pun :p

Kenari Putih on 1:23 AM said...

Bestnya tip ni... Boleh gak ikut tew... Tapi pagi2 sejuk... Macam kambing takut kena air.. Mandi dgn heater... Hihi.. Tu pon mesti kena rajin n semangat... Kalo tak, tak jadi, hehe

:a :b :c :e :f :g :h :i :j :k :m :n

Post a Comment

 

Copyright © 2008-2017 By Zana Mn. All rights reserved | Sign in, MP Design