Masukkan Video dari Facebook ke dalam Entry

ditaip Zana Mn jam 1:47 PM 14 komen Links to this post

Assalamualaikum, para sahabat yang disayangi. Hehe. Wah, banyak juga yang berminat nak tau cara masukkan video dari FB nie ek? Ingat kan tak de yang berminat. Hehe. Sebelum diteruskan, marilah kita semua sama-sama mengucapkan terima kasih kepada Sifu Mr Piratz yang sudi berkongsi tutorial ini. Jika berminat, boleh belajar dari blog beliau di SINI.

Tutorial nie semata-mata untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat diluar sana dan juga sebagai simpanan peribadi. Dah lama tau cari tutorial nie. Puas duk Google. Huhu.

Baik, tanpa membuang masa lagi, mula-mula korang kena la login ke Facebook dan pilih dulu video mana yang korang nak share kat dalam entry. Hei, kalau tak de akaun FB kena la join FB dulu. Pastu, add la Mommy Pinky sekali. Wah2, sempat plak promote diri. Kuikui~

Dapatkan Video ID
Sebagai contoh, bagi Videos Posted by Brenda Garcia
Hihi, comelkan?

Video ID ialah seperti di bawah
(tengok bahagian address kat atas tu)

bagi clear sket pic nie,

jadi, Video ID = 1227575495369

Seterusnya, apa yang perlu dilakukan hanyalah Copy Code dibawah, dan masukkan ke dalam entry,

Dashboard / New Post / Edit Html

<object width="500" height="400" >
<param name="allowfullscreen" value="true" />
<param name="allowscriptaccess" value="always" />
<param name="movie" value="http://www.facebook.com/v/xxxxxxxx" />
<embed src="http://www.facebook.com/v/xxxxxxxx" type="application/x-shockwave-flash"
allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="500" height="400">
</embed>
</object>

Gantikan xxxxxxxx dengan Video ID

Note: Nak ubah saiz video, ubah sahaja di bahagian width & height. Ok siap :)

Selamat Mencuba :)
Kalau tak jadi mungkin sebab terlupa baca Bismillah ;)

Tukar Older Post, Home, Newer Post kepada Imej/ Icon

ditaip Zana Mn jam 12:48 AM 42 komen Links to this post

Assalamualaikum, sudah lama tak buat tutorial kan. Kali nie, request dari adik Lieyan Chantek. Sorry, agak lama baru nak buat tutorial ni. Nasib baik request tutorial yang senang je. Hanya ubah-ubah kod sikit. Sedikit nasihat, kalau nak cantikkan blog jangan takut untuk bermain dengan kod-kod anda. Saya juga bermula dari zero seperti kamu, kamu dan kamu yang sedang makan di tepi tu. Hei, tak puasa ke?

Kadang-kadang kita tak boleh harap kan orang lain sangat. Kita sendiri kena usaha tau. Kalau kamu hanya harap kan pertolongan orang, susah nak maju. Ketahui la bahawa template blog kita tak sama seratus peratus, so, jangan la cepat melatah bila tak jumpa kod-kod yang diperlu kan. Try n error saja. Yang penting back up dahulu template kamu tu. Haih membebel plak tengah hari buta begini.

Ok, ok, nie soalan adik Lieyan Chantek,

Tulisan2 dibawah ini boleh diubah kepada imej / icon yang menarik kamu tau?

Ok, macam biasa,

Dashboard / Layout / Edit HTML / Download Full Template
(penting sebagai backup!)

Sila tick Expand Widget Templates
Cari code dibawah ni (Tekan Ctrl + f untuk memudahkan pencarian)

<b:includable id='nextprev'>

<b:if cond='data:newerPageUrl'>

<data:newerPageTitle/>

</b:if>

<b:if cond='data:olderPageUrl'>

<data:olderPageTitle/>

</b:if>

<b:if cond='data:blog.homepageUrl != data:blog.url'>
<data:homeMsg/>
<b:else/>
<b:if cond='data:newerPageUrl'>
<data:homeMsg/>
</b:if>
</b:if>

Tulisan yang berwarna + bold tu tukar dengan kod di bawah

Begini contohnya,

<b:includable id='nextprev'>

<b:if cond='data:newerPageUrl'>

</b:if>

<b:if cond='data:olderPageUrl'>

</b:if>

<b:if cond='data:blog.homepageUrl != data:blog.url'>

<b:else/>
<b:if cond='data:newerPageUrl'>

</b:if>
</b:if>

Hasil adalah seperti di bawah,

Oh, icon menarik boleh cari di SINI. Tak tau cara nak guna icon tu? Rujuk SINI. Selamat Mencuba :)

Copyright © 2008-2017 By Zana Mn. All rights reserved | Sign in, MP Design